fbpx

Kartel daging: Ejen penghantaran ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu skandal kartel daging.

Lelaki berusia 55 tahun itu dipercayai merupakan ejen penghantaran ditahan di Pejabat SPRM negeri kira-kira 8 malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada pagi esok bagi permohonan reman.

Khamis lalu, SPRM menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Orang kena tuduh (OKT) yang masing-masing berusia 27 dan 31 tahun itu direman selama lima hari selepas dipercayai terlibat dengan sindiket kartel daging sejuk beku import yang didedahkan awal Disember lalu.

Pada 2 Disember tahun lalu, Maqis mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI