fbpx
SHARIFAH SAKINAH

Selambanya Sakinah, mantap berkemban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Siapa yang tidak kenal Sharifah Sakinah. Tak payah tunggu setahun, seminggu sebulan sekali, pasti ada sahaja cerita panas dibikinnya.

Terbaharu, dia sekali lagi mengundang kecaman orang apabila memuat naik sekeping foto berkemban dengan kain batik dan ditemani sebatang rokok tersepit di jarinya.

Apa yang Diva faham, penampilannya itu bagi memenuhi tuntutan watak dalam drama terbaharunya berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Seperti yang sudah dijangka, memang ramai ustazah dan ustaz ‘segera’ yang menyerang pelakon Bikin Filem itu.

“Bawa bertaubat ya. Umur saja matang tetapi perangai tak elok,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, dalam ruangan komen tersebut, banyak juga peminatnya yang tidak sabar untuk melihat aksi pelakon itu dalam drama berkenaan.

“Sakinah ni kalau berlakon memang hebat, mesti drama itu bagus!,” ujar peminatnya.

Satu perkara yang bagus tentang Sakinah ialah dia tidak mudah melenting dengan semua kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya.

Dia buat tak tahu dan selamba sahaja. Lagi dikecam lagi dia buat.

Dalam banyak-banyak komen, paling mencuit hati Diva ialah daripada kakaknya sendiri, Sharifah Shahira yang meminta duit sumbangan untuk mangsa banjir di Pahang.

“Nak duit, nak beli barang mangsa banjir, sikit saja,” tulis Shahira yang mengundang gelak ketawa netizen.

Bagi Diva, mungkin pemakaian Sakinah itu bersesuai dengan watak yang dibawanya, barulah boleh masuk mood. Apa-apa pun asalkan pandai jaga diri, sudah cukup baik.

DIVA: Ada pelakon lain melenting sebab dikecam seksi. Sila belajar dengan Sakinah ya!

POPULAR