fbpx

Menangis ketika berkahwin dipandang tinggi masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN pengantin, ahli keluarga terdekat juga diharuskan untuk menangis bagi meraikan majlis perkahwinan.

MENJADI antara negara kuasa terbesar di dunia, China memiliki sejarahnya yang tersendiri kerana mempunyai penduduk daripada pelbagai etnik.

Setiap etnik memilki budaya serta adat unik yang telah diamalkan sejak berkurun lamanya.

Etnik Tujia yang merupakan kumpulan minoriti yang tinggal di wilayah Sichuan memilki adat yang unik untuk majlis perkahwinan.

Bagi setiap orang, perkahwinan menjadi satu saat yang ditunggu-tunggu dan pastinya memberikan kegembiraan kepada pengantin dan keluarga.

Tetapi bagi Etnik Tujia, mereka memiliki adat unik sebelum majlis perkahwinan diadakan yang mana pengantin wanita dan keluarganya perlu menangis sebelum dan semasa majlis berlangsung.

Agensi berita China Daily melaporkan, adat tersebut telah lama diamalkan di beberapa kawasan di wilayah Sichuan.

Dikhabarkan adat tersebut bermula pada awal abad ke-17 dan sehingga dinasti Qing yang berakhir pada 1911.

“Sehingga kini, adat tersebut masih diamalkan oleh sebilangan etnik Tujia.

“Meskipun adat ini tidak lagi terkenal seperti sebelum ini, di beberapa tempat terutamanya etnik Tujia masih menganggapnya sebagai prosedur perkahwinan yang perlu dilakukan,” jelas laporan tersebut.

PADA zaman moden ini, masih terdapat sebahagian etnik Tujia yang tinggal di wilayah Sichuan, China mengamalkan adat menangis ketika majlis perkahwinan yang menjadi tradisi sejak berkurun lamanya.

Menurut kepercayaan etnik Tijua, setiap pengantin perempuan harus menangis sebelum dan semasa majlis perkahwinan.

Jika tidak, jiran-jiran akan memandang rendah kepadanya sebagai seorang gadis yang lemah budi pekerti dan akan menjadi bahan ketawa di kampung.

Ada juga kes yang berlaku apabila pengantin perempuan dipukul oleh ibunya hanya kerana tidak menangis pada majlis perkahwinan.

Seperti dicatatkan dalam sejarah, adat tersebut berlaku sewaktu zaman perang antara negara pada 475-221 SM apabila puteri dari Negara Zhao telah berkahwin dengan putera dari negara Yan.

Ibu puteri itu menangis saat pemergian anak perempuannya itu dan meminta anaknya untuk pulang secepat mungkin.

Kemudian kisah itu disanjung dan menjadi asal usul adat untuk menangis sewaktu perkahwinan.

Di bahagian barat wilayah Sichuan, kebiasaannya pengantin perempuan mula menangis sebulan sebelum hari perkahwinan.

Ketika malam menjelang, pengantin perempuan akan berjalan di dalam dewan dan menangis selama sejam.

Selepas 10 hari, ibu dan nenek pengantin akan turut serta bersamanya untuk menangis.

Selain itu, saudara dan ibu saudara pengantin juga harus mengikut adat tersebut.

Namun, dalam perkahwinan yang diatur di masa lalu, ada banyak pengantin perempuan menangis tidak bersetuju dengan perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI