fbpx

Kereta melambung langgar bonggol di jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan sebuah kereta Honda Jazz melambung selepas melanggar bonggol di sebuah jambatan di laluan antara Hutan Melintang menghala Sabak Bernam sebelum susur masuk Lebuh Raya WCE.

PETALING JAYA – Sebuah kereta nyaris hilang kawalan selepas melanggar permukaan jalan tidak rata di sebuah jambatan di Hutan Melintang, Perak.

Video berdurasi 52 saat yang dikongsi di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz melambung selepas melanggar bonggol itu dengan keempat-empat tayar tidak menyentuh permukaan jalan.

Meskipun melambung, tetapi kereta tersebut selamat ‘mendarat’ tanpa terbabas serta tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di laluan antara Hutan Melintang menghala ke Sabak Bernam sebelum susur masuk ke Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Sehingga pukul 4 petang tadi, video terbabit telah ditonton lebih 244,000 kali dan dikongsi 1,100 pengguna Facebook.

Kebanyakan mereka meninggalkan komen mengecam tindakan ‘pengendali’ jalan tersebut yang tidak menyelanggara jalan itu dengan elok sehingga boleh melibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Difahamkan permukaan jalan raya tersebut telah lama rosak, namun tiada pihak yang berusaha membaikinya dan ada juga yang pernah terlibat dengan kemalangan di kawasan itu.

Kisah kemalangan itu dikongsi oleh pengguna yang dikenali sebagai Aza Azza yang pernah terlibat dengan kemalangan pada malam tahun baru lalu.

“Baru kena pada malam tahun baru lalu, lama tak lalu jalan ini. Penumpang sedang makan, habislah bihun melambung sampai atas bumbung kereta.

“Tolonglah pihak berkenaan, ambil tindakan segera perbaiki cepat,” jelasnya.

Bekongsi kisah sama seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Amm Hamdan :’Pernah kena masa bawa kereta malam, dah dekat baru nampak, terus terbang kereta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI