fbpx
GAMBAR HIASAN.

Lapan maut akibat lemas musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seramai lapan orang terkorban akibat lemas dalam banjir di enam negeri dalam tempoh sembilan hari pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian malang tersebut dicatatkan di beberapa negeri termasuk Johor, Pahang dan Kelantan.

“Seramai 15 mangsa dilaporkan lemas akibat banjir dengan tujuh berjaya diselamatkan manakala baki lapan lagi terkorban,” katanya ketika melakukan tinjauan banjir di sekitar daerah ini hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, faktor kecuaian antara punca utama tragedi lemas terbabit.

“Ada beberapa senario lemas banjir seperti mangsa sedang berjalan balik ke rumah sebelum terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras.

“Ada juga kes lemas apabila cuba meredah banjir dengan kenderaan selain menggunakan tong untuk mengharung banjir kemudian tong tersebut terbalik menyebabkan mangsa hanyut,” katanya.

Justeru, Mohammad Hamdan meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan sepanjang musim banjir ini.

“Kalau keadaan rumah dan banjir dan hendak keluar dari kawasan tersebut, hubungilah pihak berkuasa untuk meminta bantuan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN