fbpx

Wanita dedah kisah di sebalik nama O

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang peguam di Indonesia berbangga memiliki nama paling pendek di dunia iaitu O meskipun sering diejek orang semasa dia masih kecil.

O Djainun, 64, berasal dari Kabupaten Payakumbuh, Sumatera Barat kini bertugas di Firma Guaman ‘O’ dan Rakan-Rakan, lapor portal Suara.com semalam.

Menurut O, bapanya yang bekerja sebagai Pegawai Awam Negeri (PNS) mendapat inspirasi namanya semasa membaca majalah tentang nama paling pendek di dunia pada tahun 1963.

“Pada ketika itu, nama paling pendek dipegang oleh warga­negara Perancis bernama MO.

“Jadi bapa memasang niat, jika dia ada anak, akan dinamakan sebagai O bagi mengalahkan nama terpendek itu (MO),” katanya.

Tambah nenek kepada dua cucu itu, dia pernah meminta untuk menukar nama ketika ­zaman persekolahan kerana kerap di­ejek rakan-rakan tetapi ditolak oleh bapanya.

Sebaliknya, bapa meminta O belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kelulusan sarjana atau pangkat doktor bagi membuktikan kehebatan nama itu.

Sementara itu, adik O juga memiliki nama unik iaitu Z apabila bapanya memutuskan untuk tidak mempunyai anak lain selepas dia dilahirkan.

“Arwah adik saya diberi nama Z kerana bapa sudah tidak mahu anak lagi selepas kelahirannya.

“Jadi, dia menerima nama dengan huruf terakhir dalam susunan abjad iaitu Z sebagai tanda anak bongsu,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI