fbpx

PDRM sedang siapkan kertas siasatan kes kartel daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung kes penyeludupan daging.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini siasatan kes berkenaan sedang dikemaskini sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam.

“Sehingga ke hari ini pihak berkuasa masih menerima laporan berhubung isu berkenaan, beri masa kepada pegawai saya untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Pelancaran Buku Sejarah Penubuhan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am dan Batalion 4,5,6 dan 19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sebanyak 71 laporan polis diterima pihaknya setakat semalam

“Daripada jumlah itu, laporan diterima di Johor (34), Kuala Lumpur (14), Melaka (4), Perak (5), Kedah (3), Selangor (3), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (1), Pahang (1), Terengganu (1) dan Pulau Pinang (1),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI