fbpx

100 sukarelawan bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan menyusun barang keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

PETALING JAYA – Hampir 100 sukarelawan yang menaiki 33 buah kenderaan pacuan empat roda menyertai konvoi bantuan kemanusiaan anjuran Muslim Care Malaysia (MCM) khusus untuk mangsa banjir di Pahang.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata, sukarelawan terbabit membawa pelbagai barangan keperluan harian termasuk makanan, pakaian serta set alat kebersihan, keseluruhannya bernilai RM50,000 yang disumbangkan pelbagai pihak.

“Selain barangan untuk mangsa banjir, kami juga membawa bersama dua bot untuk memudahkan kerja penyerahan bantuan.

Saya turut berasa bangga dan terharu dengan komitmen tinggi diberikan sukarelawan walaupun perancangan dibuat dalam tempoh masa amat singkat,” katanya yang turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan tersebut.

Beliau berkata, antara penyumbang terbesar ialah syarikat korporat MRCB yang menyumbangkan wang tunai sebanyak RM10,000.

“Selain sukarelawan MCM, turut bergabung dalam misi itu ialah sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia, selain orang perseorangan yang juga pemilik kenderaan pacuan empat roda.

“Mereka bukan saja dari Lembah Klang, malah ramai juga dari negeri-negeri di utara Semenanjung dari pelbagai latar belakang termasuk kakitangan kerajaan, ahli perniagaan dan golongan profesional,” jelasnya.

Menurutnya, peserta konvoi bantuan mangsa banjir kali ini akan memberi bantuan di beberapa kampung dikenal pasti, antaranya di Temerloh, Lanchang, Maran, Benta dan Kuala Lipis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI