fbpx

Polis tahan lelaki Bangladesh bersama 189 karton rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup yang dirampas polis daripada seorang lelaki Bangladesh di sebuah rumah kongsi di dalam ladang kelapa sawit dekat Kampung Gajah malam semalam.

PASIR SALAK – Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh bersama 189 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai kira-kira RM8,000 di sebuah rumah kongsi dalam ladang kepala sawit dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, lelaki berkenaan ditahan dalam satu serbuan pada pukul 10.10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dan Balai Polis Kampung Gajah.

Katanya, dalam serbuan itu seorang lelaki Bangladesh berusia 20an ditahan selepas polis menemui lima kotak mengandungi sejumlah karton rokok dipercayai rokok seludup.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, lelaki tersebut bekerja di ladang kelapa sawit dan menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan dalam rumah kongsi didiaminya di samping penjualan rokok seludup kepada pekerja warganegara asing yang bekerja di ladang bersama-samanya.

“Hasil rampasan mendapati sejumlah 189 karton rokok pelbagai jenama antaranya D-Blend, Zon King, Paradox dan L.A Bold disembunyikan dalam kotak yang dijumpai ketika pemeriksaan lanjut dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Barudin berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu menerima bekalan dari beberapa pembekal rokok seludup dari daerah jiran dengan kekerapan tiga kali sebulan.

Katanya, penjualan rokok seludup itu dilakukan secara sembunyi yang berselindung di sebalik perniagaan runcit kecil-kecilan yang diusahakannya kerana ladang itu terletak jauh dari pekan.

“Usaha mengesan pembekal rokok seludup yang berkaitan dengan tangkapan kes ini digerakkan dalam usaha membanteras sindiket yang mendalangi kegiatan membekal rokok seludup masuk ke kampung dan ladang sawit di dalam daerah ini,” katanya.

Barudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) akta yang sama.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian Bilik Gerakan IPD Perak Tengah di 05-3712222,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI