fbpx

Hulu Dungun terputus elektrik, komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DUNGUN – Sebanyak lapan kawasan di Hulu Dungun dekat sini terputus bekalan elektrik dan hubungan komunikasi apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan elektrik di beberapa pencawang di kawasan tersebut hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun, Anuar Awang berkata, langkah tersebut yang terpaksa diambil mulai pukul 12 tengah hari ini disebabkan paras air di kawasan pencawang berkenaan semakin tinggi dan dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan awam.

“Buat sementara ini, kita terpaksa gunakan generator untuk menjana tenaga elektrik dan untuk radio amatu bagi komunikasi,,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Anuar berkata, antara pusat pemindahan sementara (PPS) terlibat ialah Dewan Orang ramai Kampung Minda, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai, Balai Serbaguna Kampung Rantau Panjang, Balairaya Kampung Talong, Surau Kampung Surau, Sekolah Kebangsaan Minda Talong, Dewan Orang Ramai Tepus dan PPS Bukit Sodek.

Menurut beliau, bekalan elektrik dijadual akan disambung semula oleh TNB selepas banjir surut.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar memberitahu, bekalan makanan kepada semua mangsa banjir di Hulu Dungun dekat sini adalah mencukupi.

“Kita juga terpaksa menggunakan khidmat tentera daripada Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin untuk menghantar bekalan makanan berikutan beberapa laluan terputus ekoran jalan dinaiki air,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI