fbpx

3,027 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Buat pertama kali kes baharu hari ini melaporkan angka 3,000 dengan 3,027 kes dicatatkan sekali gus jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 128,465 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 3,021 kes penularan tempatan.

“Selain itu, terdapat 2,145 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 102,723 kes.

“Terdapat lapan kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 521 kes kematian direkodkan di Malaysia,” katanya menerusi status Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 142 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 63 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI