fbpx
Gambar hiasan

Jual gambar bogel kepada VIP songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan jahat seorang jurugambar yang memperdaya remaja lelaki supaya berbogel sebelum mengambil gambar mereka untuk dijual kepada orang kenamaan (VIP) songsang terbongkar apabila dia diberkas baru-baru ini.

Jurugambar berkenaan menjual gambar-gambar mangsa berusia antara 17 hingga 18 tahun dengan kadar tertentu kepada VIP termasuk golongan ahli perniagaan berusia bagi memuaskan nafsu mereka ketika melihat gambar bogel remaja lelaki.

Golongan VIP berkenaan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk dibayar kepada jurugambar berusia dalam lingkungan 30-an itu kerana suspek dikatakan mahir mengambil gambar dalam pelbagai gaya.

Suspek yang bertindak sebagai ejen akan mencari mangsa yang mempunyai wajah menarik atau ‘jambu’ secara berdepan atau dipilih melalui media sosial sebelum dibawa ke kawasan tertentu untuk diambil gambar mereka.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengatakan mangsa akan dijadikan model pakaian atau lain-lain sebelum diarahkan untuk berbogel.

Abdul Hamid.

Difahamkan, ada di antara mangsa merupakan pelajar institusi pengajian tinggi.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, suspek yang bertindak sebagai ejen kepada golongan VIP ber­kenaan diberkas selepas mangsa yang terjerat dengan jurugambar berkenaan membuat laporan.

“Laporan dibuat selepas ­mangsa mendapati gambar bogel mereka tersebar dan siasatan polis mendapati suspek menjadikan remaja lelaki berusia 17 hingga 18 tahun sebagai mangsa untuk dirakam gambar mereka dalam pelbagai gaya.

“Gambar yang dirakam itu akan dijual kepada golongan kenamaan homoseksual dengan kadar bayaran tertentu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Tambahnya, ada juga kes ­mangsa mendakwa dicabul suspek ketika berada dalam kende­raan.

Menurut Abdul Hamid, kes menjual gambar bogel kepada VIP berusia adalah kesalahan besar dan pihaknya mengambil serius isu seksual tambahan pula melibatkan golongan bawah umur.

“Kita minta mangsa tampil membuat laporan agar siasatan dan tindakan boleh diambil terhadap pelaku. Polis tidak akan mendedahkan identiti mangsa dan kita mahu kegiatan keji ini dapat dihapuskan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN