fbpx

Banjir di Johor makin pulih, 13 PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bandar Kota Tinggi, Johor semakin pulih apabila air mulai surut dan peniaga mula melakukan pembersihan lumpur hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri dilihat semakin pulih di beberapa daerah dengan mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir seramai 4,518 mangsa daripada 1,143 keluarga setakat 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan penyusutan yang mendadak berbanding 5,399 mangsa daripada 1,414 keluarga pada tengah hari tadi.

Katanya, penurunan jumlah tersebut menyaksikan 13 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat ini menjadikan PPS yang masih beroperasi adalah sebanyak 40 tempat.

“Seramai 981 mangsa banjir melibatkan 271 keluarga di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah meninggalkan PPS yang disediakan di empat daerah.

“Jumlah mangsa banjir di Kluang merekodkan pengurangan terbesar apabila seramai 598 mangsa daripada 164 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.

“Turut mencatatkan penurunan mendadak ialah di Kota Tinggi apabila seramai 335 mangsa daripada 92 keluarga meninggalkan PPS di daerah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir juga turut berkurangan di Segamat iaitu seramai 94 mangsa daripada 24 keluarga dan di Pontian iaitu seramai 32 mangsa melibatkan enam keluarga setakat ini.

Beliau berkata, angka mangsa banjir di tiga lagi daerah yang terjejas iaitu Mersing, Johor Bahru dan Batu Pahat tidak berubah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI