fbpx

99,084 pekerja asing jalani ujian saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 99,084 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 melibatkan 3,536 majikan sehingga semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 2,079 telah disahkan positif Covid-19, manakala 97,084 lagi adalah negatif.

Katanya, bermula 1 Disember 2020, kerajaan telah mengarahkan semua pekerja warga asing khususnya di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kerajaan telah menguatkuasakan arahan ini bermula 1 Januari 2021 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti.

“Sehingga kini, sebanyak 758 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing,”katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI