fbpx

YPM sasar 44,400 penerima Skim Bantuan Persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADUN Endau, Alwiyah Talib mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan sumbangan YPM kepada salah seorang pelajar pada program CSR YPM di MRSM Mersing, Johor, semalam.

PUTRAJAYA – Yayasan Pendidikan MARA (YPM) menyasarkan seramai 44,400 pelajar di seluruh negara menerima sumbangan di bawah Program Skim Bantuan Persekolahan untuk tahun ini dengan manfaat keseluruhan berjumlah RM2.66 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abd. Latiff Ahmad berkata, sepanjang tahun lepas, sejumlah 31,758 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dikenal pasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menerima manfaat daripada program itu dengan kos keseluruhan kira-kira RM1.81 juta.

Jelas beliau, bantuan awal persekolahan ini adalah berbentuk buku tulis, buku sekolah dan peralatan yang sesuai kepada pelajar dengan kadar RM50 bagi sekolah rendah dan RM70 bagi sekolah menengah.

“Beberapa pengisian Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pendidikan YPM diwujudkan buat pertama kalinya di daerah Mersing, Johor.

“Pengisian itu meliputi Sumbangan Bantuan Khas Persekolahan YPM kepada 500 orang pelajar dari 36 buah sekolah di daerah Mersing. Pelajar ini akan menerima RM100 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Latif berkata, pengisian lain ialah penyerahan surat tawaran dan cek replika Skim Anak Angkat YPM kepada 50 pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Mersing.

“Bantuan ini merangkumi bantuan wang saku bulanan RM100 sebulan sehingga tamat Tingkatan 5 dengan jumlah bantuan keseluruhan sebanyak RM60,000,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI