fbpx

HPj perjelas kadar caj pembedahan dan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA – Hospital Putrajaya (HPj) menjelaskan kadar caj termasuk perubatan dan pembedahan yang dikenakan hospital itu adalah berdasarkan surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2 Oktober 2018.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd. Said berkata, arahan tersebut memaklumkan kadar bayaran deposit warganegara ialah bagi kategori Perubatan (RM1,050) dan Pembedahan (RM1,650).

Beliau berkata, caj kadar itu tertakluk kepada perhidmatan Kelas 1 sahaja termasuk di HPj.

“Sehubungan itu, notis mengenai caj perubatan dipamerkan untuk rujukan pesakit serta orang awam di HPj.

“Untuk makluman, pengecualian pembayaran deposit adalah dibenarkan jika Surat Jaminan (Guarantee Letter) daripada majikan atau syarikat insuran dikemukakan semasa kemasukan wad,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dr. Nora’i, kemudahan wad bagi penjawat awam pula masih terpakai dan tiada perubahan.

Beliau berkata, orang awam yang mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai kadar caj perubatan dan pembedahan di HPj boleh menghubungi Unit Hasil HPj di talian 03-83124272.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook dikenali Jejaka Mendung memuat naik gambar yang menunjukkan notis dan kadar caj perubatan dan pembedahan di HPj yang kononnya didakwa mahal.

Pengguna Facebook itu memuat naik hantaran berbunyi: “2021 hospital sudah tidak wujud yang ada cuma rumah sakit satu keluarga dia kasi sakit sekali’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI