fbpx

200 peserta program sukan lasak terkandas tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kenderaan pacuan empat roda peserta yang terkandas di Lata Y Hulu Tembeling, Kuala Krai sejak tiga hari lalu.

KUALA KRAI – Kira-kira 200 orang peserta yang menyertai program Erat Pacuan Empat Roda (4×4) New Year V2.0 terkandas di Lata Y Hulu Tembeling di sini sejak tiga hari lalu.

Keadaan itu berlaku selepas jalan keluar dari kawasan perkhemahan dipenuhi lumpur tebal akibat daripada kejadian tanah runtuh.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada peserta dan penganjur dalam program yang melibatkan 205 kenderaan pacuan empat roda dan 50 buah ‘motorcross’ itu telah berjaya keluar daripada kawasan tersebut hari ini.

Urusetia program anjuran Kelab 4×4 Malaysia itu, Ikhwan Nassier Abdul Hamid,33, berkata dia dan peserta lain terkandas sejak tiga hari lalu apabila jalan keluar terhalang dan kenderaan mereka mula terkandas di dalam lumpur yang tebal.

“Hujan merupakan faktor utama sehingga berlakunya tanah runtuh sehingga jalan tertutup sehingga menyukarkan semua peserta untuk keluar.

“Bagaimanapun, semua peserta berusaha untuk keluar dari kawasan itu dengan kenderaan masing-masing sehingga ada yang terkandas di dalam lumpur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, sejak semalam, sudah banyak kenderaan yang keluar apabila mendapat bantuan jentolak daripada orang perseorangan untuk menyodok lumpur tebal sekali gua melancarkan sedikit laluan untuk keluar.

Katanya, meskipun dapat keluar, peserta masih perlu menempuh jalan sukar sejauh lima kilometer secara berperingkat.

“Petang ini, (hari ketiga) masih terdapat kira-kira 10 kenderaan yang tinggal dan sedang diusahakan untuk di bawa keluar sebelum malam menjelang.

“Bagaimanapun, ada juga peserta yang perlu meninggalkan kenderaan mereka kerana rosak dan perlu berjalan kaki menempuh lumpur yang berat,” katanya.

Ikhwan Nassier berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malayia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Krai turut membantu menyampaikan bantuan makanan serta ubat-ubatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI