fbpx

Remaja hina Indonesia Raya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARGO (tiga dari kanan) bercakap kepada pengamal media dalam sidang akhbar kelmarin. – SUARA.COM

JAKARTA – Seorang remaja berumur 16 tahun ditahan selepas dipercayai bertanggungjawab menghasilkan satu video parodi menghina lagu kebangsaan Indonesia, menurut laporan portal berita Suara.com.

Remaja lelaki yang cuma dikenal pasti sebagai MDF itu ditahan dalam satu operasi serbuan di Karangtengah, Kabupaten Cianjur di Jawa Barat pada malam Khamis lalu.

Tangkapan itu dilakukan susulan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa pelaku yang bertanggungjawab menghasilkan video berkenaan ialah warga Indonesia.

Bertindak daripada hasil maklumat PDRM, Polis Indonesia membuat serbuan di rumah lelaki itu dan menahannya.

Remaja itu kini dikenal pasti sebagai suspek dalam kes menghina lagu Indonesia Raya.

“Disebabkan suspek masih di bawah umur, polis akan memastikan tindakan yang diambil ke atasnya bersesuaian dengan akta sedia ada iaitu undang-undang jenayah juvana,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Argo Yuwono kepada pemberita kelmarin.

SUSPEK (dua dari kanan) ketika ditahan di rumahnya pada malam Khamis lalu. – POLIS INDONESIA

Pengarah Jenayah Siber dari Jabatan Siasatan Jenayah Kebangsaan Polis Indonesia, Bri­gadier Jeneral Slamet Uliandi mengesahkan suspek ditahan dengan kerjasama Polis Daerah Metro Jaya dan Polis Daerah Jawa Barat.

Semasa serbuan dijalankan, polis turut merampas beberapa bahan bukti yang terdiri daripada peralatan dipercayai digunakan oleh suspek untuk menghasilkan video itu termasuk seunit komputer, telefon bimbit dan kad sim milik suspek.

Suspek akan didakwa di bawah Akta Informasi dan Transaksi Elektronik serta Undang-Undang berkaitan Bendera, ­Bahasa, Lambang Negara dan Lagu Kebangsaan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, salah seorang suspek yang disyaki menghina lagu kebangsaan Indonesia ditahan di Sabah pada Isnin lalu.

Suspek merupakan warga ­Indonesia berumur 40-an dan bekerja di negeri berkenaan.

“PDRM mendapat petunjuk baharu mengatakan pelakunya berasal dari Indonesia dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut siapa yang menyunting video berkenaan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI