fbpx

Kerjasama UMNO, Bersatu diputuskan lepas 191 bahagian tamat sidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIL Sufian (depan paling kanan), Zurihan Md.Yusop (depan lima kanan) ketika persidangan Mesyurat UMNO Bahagian Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Kerjasama dengan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu ) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diputuskan selepas 191 bahagian bersidang di seluruh negara.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata, pengurusan tertinggi parti itu akan memperhalusi semua usul yang dibangkitkan membuat ketetapan berkaitannya.

“Ketika ini, Mesyuarat UMNO Bahagian sedang bersidang dan terdapat yang setuju usul tidak bekerjasama dengan Bersatu dan ada sebaliknya.

“Jumlah Bahagian yang menolak kerjasama agak besar jumlahnya namun kita tunggu semua 191 UMNO Bahagian habis bersidang,”katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Langat di Jugra hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas usul oleh beberapa UMNO Bahagian seperti Seremban, Paya Besar dan Kuala Langat sendiri yang menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Turut hadir merasmikan persidangan ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Md. Yusop

Sementara itu, Zurihan menegaskan tidak timbul isu bekerjasama dengan Bersatu susulan parti tersebut tidak memenangi kerusi di Parlimen Kuala Langat dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Morib, Sijangkang dan Banting.

“Kita menetapkan tidak bekerjasama dengan Bersatu dan akan meneruskan agenda bersama Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Gabungan BN dan MN pada dasarnya sudah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa sementara menanti pandemik Covid-19 reda,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI