fbpx

Tujuh penyu mati tahun lalu di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISHAMUDIN Abdul Manaf di Pusat Penetasan Penyu, Glory Beach Resort, Port Dickson.

PORT DICKSON- Sebanyak tujuh ekor penyu jenis agar direkodkan mati di Negeri Sembilan sepanjang tahun lalu.

Ketua Unit Pusat Pemuliharaan Penyu dan Pelepasan Penyu, Glory Beach Resort, Hishamudin Abdul Manaf berkata, kebanyakan penyu yang mati itu ditemukan terdampar di pesisiran pantai.

“Kebanyakan penyu mati terdampar di pantai. Bagaimanapun, tiada tindakan yang sepatutnya diambil dan terbiar begitu sahaja.

“Jadi, saya berharap orang ramai menjumpai penyu hidup atau penyu yang naik ke darat untuk bertelur atau penyu yang mati sila hubungi pihak kami dengan segera,” katanya pada program kesedaran pemuliharaan penyu di Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort, dekat sini semalam.

Sebanyak tujuh ekor anak penyu dilepaskan dalam program berkenaan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang pembiakan penyu di pusat berkenaan.

Dalam pada itu, sempena sambutan tahun baharu, pihak Glory Beach Resort dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan mengambil insiatif memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemuliharaan dan penetasan penyu yang diadakan di Pantai Tanjung Gemuk.

Hishamudin berkata, sehingga kini, sebanyak 700 ekor anak penyu berada di Pusat Penetasan Penyu di Glory Beach Resort.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI