fbpx
Antara kenderaan yang dirampas oleh pihak polis.

Tiga pencuri kenderaan lama ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kenderaan lama susulan tangkapan yang dibuat terhadap tiga orang lelaki pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tangkapan itu dibuat susulan hasil siasatan aduan kes kehilangan kenderan jenis Nissan Vanette di Taman Million, Kuala Lumpur pada 11 November tahun lalu.

“Hasil siasatan pada 23 Disember 2020, pihak polis telah berjaya menangkap tiga lelaki berusia dalam lingkungan 48 hingga 52 tahun yang dipercayai aktif mencuri kenderaan di beberapa kawasan di Sentul, Jinjang, Kepong dan sekitar Lembah Klang.

“Semakan rekod mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Eng Lai berkata, susulan tangkapan itu, pihak polis berjaya mengesan dan merampas beberapa buah kenderaan lain iaitu sebuah Nissan Vanette, sebuah Proton Wira, sebuah Proton Waja dan dua buah motosikal.

“Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM45,000. Pihak polis masih lagi mengesan beberapa rakan sejenayah lain yang masih bebas.

“Kesemua suspek telah direman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan dan kini kesemua suspek telah diserahkan ke daerah lain bagi siasatan lanjut susulan daripada rampasan barang kes yang telah dibuat oleh pihak polis IPD Sentul,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada serta menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kes ini dengan cara menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN