fbpx

Safawi sedia gempur saingan musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI mengakui gembira menerima anugerah pemain tengah terbaik pada ABK20 kelmarin.

PADA musim 2019, dia merangkul anugerah penyerang terbaik, kali ini bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20.

Rata-rata peminat yang menonton ABK20 mengakui pemain asal Dungun, Terengganu itu memang berhak merangkul anugerah berkenaan.

Safawi mengakui gembira dengan anugerah berkenaan dan dia bertekad untuk menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula 27 Februari depan.

“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas anugerah yang diberikan ini. Terima kasih juga kepada keluarga dan Tunku Mahkota Johor yang sentiasa menyokong saya sehingga sekarang.

“Tidak lupa penyokong bola sepak Malaysia yang selalu berada di belakang saya. Insya-Allah saya akan cuba berikan aksi terbaik lagi musim depan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Sebagai rekod, bekas pemain T-Team itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan bersama JDT pada Liga Super musim ini apabila meledak tujuh gol dalam tujuh penampilan.

Safawi turut mencuri tumpuan pasukan Liga Portugal, Portimonense apabila menyertai kelab itu secara pinjaman pada Oktober lalu.

Safawi juga tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports 2020 yang turut dibarisi bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min serta legenda Sepanyol, Andres Iniesta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI