fbpx
Gambar hiasan.

K2

Keutamaan vaksin dan lonjakan usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA penghujung tahun 2019 lalu, ahli-ahli ekonomi di Amerika Syarikat (AS) pernah membincang dan meramalkan tentang prospek peluang pekerjaan yang bakal ‘terhidang’ pada tahun 2020.

Sewaktu itu juga mereka rancak meramalkan isu berkaitan Brexit akan mendominasi tajuk utama Eropah pada tahun berdigit unik tersebut.

Begitu juga ramalan yang akan berlaku di Jepun apabila negara itu akan membuka pintu kepada dunia sebagai tuan rumah Sukan Olimpik.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia sehingga memaksa ramalan awal tahun 2020 lenyap begitu sahaja.

Pandemik Covid-19 yang mula menular sejak Januari tahun lalu adalah sesuatu yang tidak diduga akan berlaku. Ia bukan sahaja menyebabkan ekonomi global terkesan sehingga puluhan juta orang di dunia kehilangan pekerjaan, bahkan lebih 1.4 juta kehilangan nyawa.

 

DUNIA maya akan dilihat semakin penting pada tahun 2021 berikutan norma baharu yang terpupuk sejak tahun 2020. –gambar hiasan

 

Ternyata tahun 2020 amat menguji masyarakat global dan memaksa dunia untuk merubah norma kehidupan. Biarpun ramalan berkenaan tahun 2020 yang lalu meleset, namun sebagai penghuni dunia, kita juga mahu mengetahui sedikit sebanyak gambaran yang berlaku tahun ini.

Semua orang begitu berharap bahawa tahun 2021 akan memberikan sinar berikutan kejayaan penemuan vaksin bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Pakar kesihatan awam juga percaya ada alasan untuk bersikap optimis dengan adanya vaksin.
Ahli epidemiologi di Pusat Penyakit Berjangkit dan Penyelidikan Universiti Minnesota, Michael Osterholm berkata, tahun ini semuanya tertumpu kepada vaksin.

“Impak besar yang lebih ampuh dan positif pascapandemik sangat hampir menjadi realiti. Segalanya tertumpu kepada vaksin,” jelasnya.

Walaupun ada calon yang sudah menerima vaksin pertama hujung tahun lalu, bagi tahun 2021 dan beberapa tahun mendatang kemungkinan kita akan melihat penghasilan dua atau tiga generasi vaksin bagi mengekang penyakit ini.

Vaksin yang akan dihasilkan bukan hanya berkesan untuk menangani masalah pandemik sebaliknya akan memberi perlindungan bagi jangka masa panjang.

 

BEKERJA secara jarak jauh atau di luar pejabat dijangka akan dibudayakan dalam organisasi dan syarikat.– gambar hiasan

 

Osterholm bagaimanapun menekankan bahawa pentingnya memastikan bahawa negara berpendapatan rendah dan sederhana juga boleh mendapat akses terhadap vaksin tersebut. Jika tidak, virus ini akan terus merentasi sempadan.

Dalam pada itu, walaupun pandemik Covid-19 telah menghancurkan ekonomi secara global sehingga menyebabkan jutaan orang kehilangan pekerjaan, ia akan menimbulkan kebangkitan semula lebih ramai usahawan pada tahun ini.

Seorang senator mewakili Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lucy Chow dalam satu forum perniagaan dan pelaburan dunia meramalkan hal itu.

“Kami mula melihat lebih ramai yang melangkah keluar daripada kerjaya mereka sebelum ini lalu memulakan perniagaan mereka sendiri. Mungkin jumlah usahawan akan meningkat lebih tinggi berbanding sebelum ini,” kata Lucy.

Fenomena peralihan daripada seorang ‘pekerja makan gaji’ kepada usahawan juga sudah bermula.

Ini kerana, para pekerja yang terjejas akibat pandemik telah mendalami kemahiran-kemahiran menerusi kelas latihan maya semasa pandemik sebelum beralih arah menjadi seorang usahawan.

Lonjakan keusahawanan ini dipercayai sebahagian besarnya akan berlaku di negara-negara yang tidak menawarkan program rangsangan ekonomi yang kuat.

Dalam pada itu, masyarakat dunia dijangkakan akan menyelami dunia maya dengan lebih mendalam pada tahun 2021.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak perkara berubah dan dunia online menjadi satu keperluan penting. Kerana Covid-19 juga, berjuta-juta orang terpaksa mengehadkan pergerakan dan ramai juga bekerja dari rumah lantas dunia mayalah menghubungkan antara satu sama lain.

Langkah untuk menjadikan bekerja jarak jauh (remote working) sebagai suatu yang rasmi akan lebih drastik dan pesat dengan pelbagai solusi dinamik bakal dicetuskan bagi mewujudkan kaedah-kaedah baharu untuk membolehkan tugasan-tugasan kerja disiapkan.

Tahun 2021 dilihat akan mencapai kemajuan dengan pertumbuhan dan penerimaan terhadap dunia maya yang berterusan sekali gus menjadi pengganti hubungan secara langsung.

Sementara itu, majikan atau pemimpin perniagaan juga terpaksa memikirkan kembali bagaimana organisasi atau syarikat mereka akan berfungsi ketika pascapandemik Covid-19 ini.

Dijangkakan ramai pekerja akan terus menghabiskan masa hampir setahun atau lebih untuk bekerja dari rumah pada tahun ini.

 

PENEMUAN vaksin Covid-19 menjadikan pakar-pakar kesihatan optimis tahun 2021 dapat memberi sesuatu lebih bermakna kepada penduduk dunia. – gambar hiasan

 

Profesor di Sekolah Perniagaan Harvard, AS, Ashley Whillann berkata, sebilangan majikan dijangka mengurangkan sehingga empat hari seminggu untuk pekerja bekerja di pejabat.

“Para pekerja akan menuntut fleksibiliti yang lebih besar dan organisasi turut memerlukannya. Bagaimanapun fleksibiliti ini akan berbeza-beza bergantung kepada sektor pekerjaan dan lokasi geografi,” jelasnya.

Data terkini daripada Indeks Keyakinan Tenaga Kerja LinkedIn menunjukkan kira-kira 47 peratus tenaga profesional di AS percaya syarikat mereka akan membenarkan sekurang-kurangnya sebahagian pekerja bekerja dari rumah walaupun setelah pandemik Covid-19 semakin berkurangan.

Tahun 2021 bakal memperlihatkan fleksibiliti sebagai ciri yang amat diharapkan banyak pihak.
Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan baru-baru ini akan menawarkan penumpangnya perubahan tarikh penerbangan tanpa batas dan kebebasan menebus semua tiket yang ditempah sebelum 30 April 2021 bagi penerbangan bertarikh sehingga 31 Disember 2021.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker berkata, pihaknya menawarkan fleksibiliti sepenuhnya pada tahun 2021.

“Di kala kami

PEMAIN industri pelancongan mengharapkan sektor penerbangan kembali beroperasi dan pelancong mengharapkan fleksibiliti dalam tempahan penerbangan.– gambar hiasan

untuk terbang semula pada tahun depan (2021), Qatar Airways akan terus bersama para penumpangnya dan menawarkan fleksibiliti sepanjang 2021 sebagai syarikat penerbangan yang boleh digantungkan harapan,” katanya pada Disember lalu.

Satu kajian pelancongan oleh sebuah badan berpangkalan di AS mendapati, lebih separuh daripada pelancong mengharapkan kepada fleksibiliti termasuk insurans penerbangan serta pilihan penuh untuk membuat pembatalan atau tebus balik bukan sahaja bagi penerbangan tetapi juga penginapan.

Pandemik Covid-19 juga telah memberi kesan besar terhadap industri perfileman apabila banyak pawagam terpaksa ditutup.

Namun, pemain industri bertindak pantas dengan menayangkan filem-filem mereka secara penstriman (streaming) di mana penonton boleh menonton terus dari rumah mereka.
Filem Disney’s Mulan juga telah disiarkan secara penstriman.

Untuk tahun 2021, Warner Bros pula mengumumkan pihaknya akan melancarkan semua filem secara perkhidmatan penstriman selain di pawagam secara serentak.

Sementara itu, syarikat yang menyediakan perkhidmatan persidangan video seperti Zoom, Cisco Webex dan Microsoft juga telah bergerak pantas untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dan pendidikan bagi tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN