fbpx

Jendela perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christian Eriksen

CHRISTIAN ERIKSEN

PEMAIN yang mahu dilepaskan Inter Milan ini berjaya menarik minat Arsenal tetapi mereka perlu memastikan Mesut Ozil meninggalkan Emirates terlebih dahulu. Namun, sejak seminggu lalu, pemain dari Denmark ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain.

 

MILAN SKRINIAR

LIVERPOOL dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Inter Milan ini. Krisis kecederaan di benteng tengah pasukan itu menyebabkan Liverpool terpaksa kembali ke pasaran perpindahan kali ini. Namun, mereka perlu menyiapkan dana sebanyak £54 juta (RM296.38 juta) untuk membuatkan Inter bersetuju melepaskan pemain ini.

FERNANDO LLORENTE

JUVENTUS dilaporkan bersedia untuk membawa pulang pemain ini ke Turin Januari ini. Penyerang Sepanyol ini hanya memanaskan bangku simpanan Napoli dan Juventus melihat ia peluang terbaik untuk kembali mendapatkan khidmatnya.

MAX AARONS

PEMAIN ini diburu oleh Arsenal dan Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan lalu, namun kini Manchester United mendaftar masuk dalam perlumbaan mendapatkan bek Norwich ini. Barcelona juga dikatakan turut mengintai kelibat pemain ini.

WILFRED ZAHA

NADI utama Crytal Palace ini dilaporkan sedang dipantau secara dekat oleh AC Milan tetapi dia yang juga menjadi antara penyerang kegemaran Mauricio Pochettino mampu mengubah haluan ke Paris jika jurulatih itu sah mengemudi PSG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI