fbpx

Ayda sah milik Nabil Mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir.

PETALING JAYA – Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir dalam satu majlis di ibu negara sebentar tadi.

Pasangan itu selamat dinikahkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sekitar pukul 3.28 petang tadi.

Ayda dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, menerima seutas rantai berlian sebagai mas kahwin daripada Nabil.

Pada majlis yang hanya dihadiri kaum keluarga terdekat kedua-dua mempelai tersebut, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” kata Ayda.

Terdahulu pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI