fbpx

Lesen import rokok tidak lagi dikeluarkan JKDM tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan mengeluarkan lagi lesen import rokok bagi permohonan baharu mulai 1 Januari tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pemegang lesen import rokok sedia ada bagaimanapun masih boleh membuat pembaharuan lesen.

“Ini adalah bagi tujuan memperketatkan pembaharuan Lesen Import Rokok, syarat tambahan pengimportan kuantiti minimum rokok yang telah ditetapkan dalam tempoh 12 bulan dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua aktiviti transhipment rokok, produk tembakau, peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape serta cecair atau gel tanpa nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik hanya dibenarkan di pelabuhan tertentu.

“Pelabuhan berkenaan terdiri Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor serta Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

” Selain itu, ia dibenarkan di Pelabuhan Sandakan, Sabah dan Pelabuhan Senari, Sarawak.

“Aktiviti transhipment hendaklah menggunakan kontena ISO dimuatkan secara Full Container Load (FCL) sahaja dan aktiviti pecah pukal adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Menurut Abdul Latif, aktiviti transit untuk tujuan eksport melalui jalan darat adalah dibenarkan dengan syarat ia diimport melalui lima pelabuhan transhipment yang ditetapkan.

“Syarat seterusnya ialah perjalanan dari pelabuhan transhipment yang telah ditetapkan terus ke destinasi terakhir di luar negara dan perlu mematuhi peruntukan Akta Kastam 1967, Peraturan-Peraturan Kastam 2019 dan dasar jabatan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, aktiviti transhipment dan eksport semula rokok keluar negara, produk tembakau, peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape serta cecair atau gel tanpa nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik menggunakan bot-bot kecil termasuk bot kumpit adalah tidak dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI