fbpx
JALAN raya rosak dan berlubang mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna terutama penunggang motosikal. – GAMBAR HIASAN

JKR boleh disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mana-mana individu yang terlibat kemalangan berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mahkamah.

Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada berkata, tuntutan itu boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran kecuaian tersebut sehingga mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemala­ngan akibat jalan rosak atau berlubang mempunyai asas kukuh untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak yang menyelenggara laluan ber­kenaan.

“Jika jalan raya yang tidak di­selenggara dengan baik itu di bawah pentadbiran JKR, mangsa yang terlibat kemalangan boleh membuat tuntutan ganti rugi dan keputusan sama ada perlu membayar ganti rugi akan ditentukan oleh jabatan tersebut.

“Tuntutan ganti rugi itu meliputi pelbagai kos seperti perubatan, pembayaran wad dan pembaikan kenderaan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

JALAN rosak boleh mengakibatkan kemalangan maut kepada penunggang motosikal. – GAMBAR HIASAN

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan JKR Kuala Langat meminta maaf kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang cedera pada kening dan hidung akibat terjatuh basikal selepas terlanggar lubang.

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika Khairy Jamaluddin sedang berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Se­langor.

Mengulas lanjut, Ahmad mem­beritahu, sekiranya JKR ti­dak mahu melayan tuntutan ganti rugi tersebut, mereka boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil dengan memfailkan tuntutan saman.

“Pada peringkat ini, ia akan melibatkan perbicaraan antara kedua-dua pihak dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak mahkamah,” jelasnya.

Mengulas mengenai saman terhadap JKR, Ahmad berkata, difahamkan setakat ini ada tuntutan yang difailkan orang awam terhadap agensi itu di mahkamah berkaitan kemalangan di jalan Persekutuan dan negeri.

“Dalam kes berkaitan, bagi pengendali lebuh raya, ada kes tuntutan saman dikenakan terha­dap mereka akibat kemalangan.

“Saman itu memandangkan ada perjanjian yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi berikutan pengguna membayar tol,” kata­nya.

Sementara itu, peguam bela dan peguam cara, Muhammad Amin Abdullah berkata, tuntutan saman ganti rugi difailkan seseorang individu di mahkamah mempunyai keberangkalian untuk menang.

“Pun begitu, ia perlu mempunyai fakta kes yang kukuh se­perti bukti kecederaan serius atau melibatkan kematian yang didakwa berpunca daripada ke­cuaian pihak terlibat termasuk­lah JKR atau syarikat konsesi le­buh raya.

“Jadi, saya nasihatkan indivi­du yang mahu membuat tuntutan atau failkan saman agar merujuk dengan pihak peguam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN