fbpx

Syampu La’Grin penuhi keperluan peminat bahan organik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Meskipun berhadapan dengan cabaran kuasa beli pengguna susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi pengusaha Muslimastation Salon & Spa, Juliyana Jamil tidak berputus asa untuk mengetengahkan produk ­syampu organiknya di bawah label La’Grin.

Melihat kepada kebolehpasaran produk berkenaan, Juliyana mengeluarkan produk syampu khususnya untuk peminat produk berasaskan organik.

Menurut Juliyana, 44, sebelum mengeluarkan produk syampu organik itu, beliau serius terlibat dalam kajian dan pembangunan untuk pengeluaran produk ber­kenaan kerana kesan daripada syambu biasa telah memberi kesan kekeringan kepada kedua belah tangannya.

“Sebagai seorang peniaga, kita mesti ingin menawarkan perawatan rambut yang terbaik kepada pelanggan.

“Saya sebenarnya sangat cerewet berkenaan soal penjagaan rambut dan kulit kepala. Bertitik tolak daripada situlah, saya mengeluarkan syampu organik La’Grin dengan menggunakan formula sedia ada yang terbukti memberi kesan baik kepada pengguna,” katanya kepada ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Juliyana menerangkan, ketika itu syarikat dalam usaha memasarkan produk berkenaan secara meluas selepas penjenamaan baharu pada bulan Jun lalu.

Tambah beliau, persekitaran ekonomi yang lembap telah memberi kekangan buat syarikat pada tahun ini tetapi aktiviti promosi yang agresif telah menyumbang kepada peningkatan jualan.

“Sehingga kini, sambutan yang diterima daripada pelanggan khususnya peminat produk organik adalah sungguh mengga­lakkan.

“Jualan syarikat telah berjaya mencatatkan keuntungan purata sehingga 45 peratus,” katanya.

Menurut Juliyana, kombinasi lima bahan utama dalam ­syampu dan tonik itu adalah daun moringa, panax ginseng, minyak tea tree, minyak lavender dan ekstrak akar burdock.

Tambah beliau syarikat menyasarkan jualan sebanyak 200 botol sebulan menerusi pakej kombo syampu dan tonik pada harga RM167 satu set.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI