fbpx

Penyebar mesej tular ‘Neelofa-PU Riz nikah senyap-senyap’ serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik akaun Twitter yang menyebarkan mesej tular tentang Neelofa dan Haris.

PETALING JAYA – Individu yang dipercayai bertanggungjawab menyebarkan paparan skrin WhatsApp tular mendakwa Neelofa dan Haris Ismail menikah senyap-senyap di Kelantan akhirnya tampil menyerah diri.

Pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin berkata, dia sudah menyerahkan kes wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Tiga jam selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil memberikan penjelasan akhirnya wanita itu menghubungi saya sendiri secara peribadi menerusi media sosial.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Hal ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.

Nadiah (kanan sekali) bersama Neelofa dan team pengurusannya.

Ujar Nadiah, dia juga langsung tidak mengenali wanita terbabit apatah lagi pernah bertemu dengannya.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.

“Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan Haris,” katanya.

Terdahulu, Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan dakwaan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan Haris.

Nadiah menerusi InstaStory memuat naik foto dan meminta informasi daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Sebuah akaun Twitter dengan ‘tweethandle’ Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.

Syamira turut mendakwa, bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu dan menyatakan pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.

Bagaimanapun pada Ahad, Neelofa tampil menerusi satu kenyataan media menolak kesemua tuduhan tidak berasas tersebut yang sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya serta Haris.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Neelofa yang sudah dirisik oleh Haris pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur kini sedang retak menanti belah.

Berhubung segala spekulasi tentang keretakan hubungan mereka, pasangan yang difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan menjelang Mac tahun depan itu sedang dalam proses perbincangan melibatkan keluarga kedua-dua pihak- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI