fbpx

Tanam nanas cobek di tanah terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (dua kiri) meninjau tanaman pokok nanas cobek di Kampung Tangok, Bachok hari ini.

BACHOK – Kawasan tanah terbiar di negeri ini boleh ditebus guna untuk menanam nanas jenis MD2, madu kaca dan nanas cobek dengan penggunaan teknologi terkini sebagai langkah terbaik untuk meningkatkan hala tuju komersil tanaman tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan industri makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihak kementerian menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta pada tahun ini bagi mencapai tujuan itu.

Menurutnya, pekebun nanas Kelantan terutamanya di daerah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Jeli dan Bachok mendapat manfaat yang disalurkan kerajaan.

“Projek integrasi nanas bersama tanaman lain serta projek tanaman nanas MD2 yang dilaksanakan menerusi peruntukan itu berjaya membangunkan 103 orang pekebun yang produktif.

“Selain penanaman nanas untuk tujuan pasaran buah segar, kerajaan turut menggalakkan pelbagai industri hiliran yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat projek kerjasama nanas cobek Koperasi Kolej Vokasional Bachok Berhad dengan Kota Eze Sdn.Bhd. (Kota Eze) di Kampung Tangok di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kota Eze, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengarah Kolej Vokasional Bachok, Wan Aftanorman Wan Aftuluddin.

Koperasi kolej itu menyediakan kawasan seluas 9.12 hektar dengan 1.6 hektar daripadanya diusahakan tanaman 30,000 pokok nanas cobek dan 17,000 nanas MD2 dalam konteks tebus guna tanah terbiar.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan nanas, Che Abdullah berkata, setakat ini hanya 16,000 hektar tanah diusahakan untuk tanaman nanas di seluruh negara dengan nilai pengeluaran sebanyak RM500 juta setahun.

Katanya, bagi Kelantan, kawasan seluas 300 hektar telah diusahakan dengan pulangan hasil sebanyak RM7 juta setahun.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI