fbpx

Sup tidak cukup punca wanita ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK polis memeriksa kediaman di tingkat empat Pangsapuri Court 4, USJ, Subang Jaya iaitu lokasi pembunuhan sorang wanita semalam.

SUBANG JAYA – Perselisihan faham sepasang suami isteri warga Myanmar berkaitan sup untuk makan malam tidak cukup berakhir dengan tragedi selepas kakak ipar kepada lelaki itu mati ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan pasangan tersebut dalam kejadian di Pangsapuri Court 4, USJ 7 di sini kelmarin.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi pergaduhan dari kediaman di tingkat empat itu pada pukul 7 malam sebelum melihat keha­diran pihak polis dan ambulans sejam selepas itu.

“Saya tak pernah dengar apa-apa pergaduhan antara mereka sebelum ini dan memang terkejut bila diberitahu seorang wanita mati dibunuh,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Polis Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga Myanmar berusia 42 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang tidak sediakan makanan mencukupi.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu gagal sediakan sup yang cukup untuk makan malam.

Katanya, berang dengan tindakan itu suspek yang mabuk dikatakan mengamuk dan me­numbuk kepala isterinya.

“Mangsa yang juga kakak kepada isteri suspek cuba leraikan pergaduhan itu namun ditikam di belakang badan oleh suspek.

“Panik dengan kejadian itu, suspek cuba lari tetapi berjaya ditahan di tingkat bawah pangsapuri berkenaan,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI