fbpx

Netizen pula dedah Neelofa, PU Riz nikah senyap-senyap di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Riz dan Neelofa.

PETALING JAYA – Penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! Online dalam Twitter, mendapati terdapat penyebaran beberapa tangkap layar paparan perbualan WhatsApp antara dua individu yang mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sudah bernikah secara senyap-senyap bersama Haris atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz di Kelantan baru-baru ini.

Dalam perbualan berkenaan turut mendakwa Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.

“Neelofa nikah di Kelantan tanpa pengetahun Datin Noor Kartini (ibu) dan Datuk Abdul Halim Khan (bapa tiri).

“Seminggu duit Neelofa habis RM100,000 beri kepada PU Riz dan keluarga,” dakwa individu terbabit.

Lebih menghangatkan perdebatan , individu tersebut juga mendakwa Neelofa kini sedang berubat kerana dikatakan sudah terkena ubat pengasih.

“Sekarang Neelofa sedang berubat, dia kena minyak pengasih,” memetik perbualan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu bagi menafikan dakwaan berkenaan.

Antara pendedahan netizen yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Dalam Twitter, kebanyakan netizen berdebar-debar menantikan jawapan daripada empunya badan tentang kesahihan khabar angin berkenaan.

“Rasa seperti tunggu keputusan pilihan raya pula. Berdebar nak tahu jawapan daripada mulut Neelofa atau Riz,” tulis seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mendoakan hubungan Neelofa dan Haris atau PU Riz kembali pulih dan mendapat restu keluarga.

Bahkan, netizen juga berharap agar majlis perkahwinan yang sepatutnya dirancang diadakan pada bulan Mac 2021 akan tetap diteruskan.

Kosmo! semalam melaporkan nama Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sohor kini dalam Twitter selepas netizen mendakwa hubungan mereka kini dilanda badai.

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu dilaporkan dirisik oleh keluarga PU Riz dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Neelofa.

Pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI