fbpx

Seorang kakitangan LRT Stesen Bandaraya positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pegawai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertugas di Stesen Bandaraya, Kuala Lumpur telah disahkan positif Covid-19 Khamis lalu dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Rapid Rail dalam kenyataannya berkata, kakitangan tersebut bertugas kali terakhir pada 19 Disember lepas dan tidak bekerja sejak tarikh berkenaan.

Tambah kenyataan itu, siasatan mendapati insiden berlaku di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tidak mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertugas.

“Berikutan pengesahan itu, pihak pengurusan Rapid Rail yang menjadi operator perkhidmatan rangkaian-rangkaian LRT telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja kakitangan itu pada malam berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pegawai stesen berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah Rapid Rail, pihaknya akan terus memantau dengan rapi perkembangan kes tersebut dan sentiasa bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI