fbpx

Kandungan kedua ini kembar Aafiyah – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya Siti Aafiyah.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kandungannya yang kini memasuki usia hampir lima bulan merupakan kembar kepada anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah, 2.

Menurut Siti, 41, anak dalam kandungannya merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui.

“Jadi sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama,” ujar isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K itu.

Bagaimanapun, Siti memberitahu bahawa doktor menyarankan supaya dia tidak memasukkan dua embrio sekali gus ketika kehamilan pertamanya.

“Jadi Aafiyah masuk dulu dan kemudian baru masukkan yang ini (anak kedua),” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.

Pada 1 Disember lalu, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Jerat Percintaan itu telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak keduanya dalam Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti secara online.

Ketika sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee pada 12 Disember lalu, Siti sekali lagi memberi kejutan apabila mengumumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada April tahun hadapan.

Terdahulu Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan cahaya mata sulung 11 tahun kemudian pada 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI