fbpx

Waspada gelombang ketiga banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Penduduk di Kelantan khususnya yang tinggal di kawasan rendah diingatkan supaya berwaspada dengan kemungkinan berlakunya fenomena banjir gelombang ketiga yang dijangka berlaku pada 27 Disember ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, berdasarkan amaran dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), banjir gelombang ketiga diramalkan berlaku di negeri ini bermula pada tarikh tersebut

“Laporan dan ramalan dikeluarkan itu supaya kita berikhtiar sebelum berlakunya banjir.

“Oleh l itu, kita minta rakyat bersedia hadapi apa-apa kemungkinan banjir gelombang ketiga lebih awal,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelepasan Kembara Prihatin Negara Peringkat Negeri Kelantan serta melancarkan Skuad Sukarelawan Mesra Negeri Kelantan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad memberitahu kerajaan negeri belum membuat sebarang penilaian berkaitan peruntukan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir kerana musim bah belum berakhir di Kelantan.

Katanya, apabila banjir berakhir, bantuan yang disediakan di bawah Tabung Serambi Mekah akan diagihkan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi wakil rakyat masing-masing.

Berdasarkan rekod, banjir di Kelantan dilaporkan semakin pulih apabila mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) banjir berkurangan kepada 220 orang daripada 101 keluarga semalam.

Ketiga-tiga PPS yang masih dibuka tersebut melibatkan daerah Pasir Mas yang kini menjadi satu-satunya kawasan di negeri ini yang masih ditenggelami air akibat limpahan Sungai Golok dan fenomena banjir termenung. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI