fbpx

Ustaz Budak terpalit dua kes cabul pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USTAZ Budak dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Krai hari ini untuk proses reman selepas ditahan atas kesalahan mencabul dua pelajarnya dua tahun lalu. FOTO : BAHRUDDIN HATTA

KOTA BHARU – Selepas didakwa atas kesalahan mencabul seorang ahli perniagaan Isnin lalu, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Budak kini terpalit dengan dua lagi kes sama melibatkan dua orang bekas pelajar di madrasahnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua orang bekas pelajar kepada Syamsul Zaman Sukri, 32, telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa pertama, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada bulan Mei dua tahun lalu selepas menghadiri ceramah di Terengganu.

Katanya, mangsa bersama enam orang rakan telah diarah mengikut balik ke rumah Ustaz Budak sebelum mengarahkan pelajar itu tidur bersama di dalam bilik kerana mahu menjalankan rawatan islam terhadap dirinya yang mengalami gangguan.

“Semasa di dalam bilik, suspek telah meminta mangsa membuka seluar sebelum melakukan seks oral terhadap pelajarnya itu.

“Kejadian yang sama telah berulang sebanyak dua kali di tempat yang sama selang beberapa hari daripada kejadian pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, berdasarkan keterangan daripada mangsa yang kedua pula, kejadian sama berlaku kira-kira pukul 11 malam pada bulan November dua tahun lalu di bilik asrama sekolah agama yang dikendalikan oleh suspek.

Katanya, selepas mengajak pelajarnya itu tidur bersama, Syamsul Zaman bertindak memeluk dan mencabul mangsa.

“Kejadian sama juga telah berulang sebanyak dua kali di rumah suspek sebulan selepas kejadian pertama itu.

“Hasil siasatan mendapati, kedua-dua mangsa merupakan bekas pelajar pondok di yang dikendalikan oleh mangsa di Machang,” katanya.

Menurut Shafien, susulan daripada dua laporan itu, polis Kelantan telah menahan suspek untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ustaz Budak kini direman selama tiga hari bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Kuala Krai hari ini untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau. -L! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI