fbpx

Wanita Indonesia ditemui mati separuh bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan kenderaan unit forensik di lokasi penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia mati dibunuh di Taman Sri Andalas, hari ini.

KLANG – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dibunuh dengan keadaan separuh bogel di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas di sini hari ini.

Penemuan mayat berusia 20an itu dimaklumkan seorang wanita yang merupakan rakan serumah mangsa kepada pihak polis pukul 2.05 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dalam bilik di tingkat satu rumah tersebut.

“Hasil pemeriksaan dijalankan bersama unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri.

“Mangsa juga didapati dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju-T sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR) untuk bedah siasat.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI