fbpx

Nabila Razali sah bakal beraksi di AJL35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Razali

PETALING JAYA – Spekulasi tentang penyanyi lagu Peluang Kedua akhirnya terjawab selepas Hael Husaini mengesahkan Nabila Razali bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada 7 Februari nanti.

Pengesahan tersebut dikongsi sendiri oleh Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 33, yang juga pencipta lagu Peluang kedua menerusi satu ciapan Twitter semalam.

Hael mengesahkan perkara tersebut dalam satu ciapan di Twitternya semalam.

“Sah, Nabila akan menyanyikan lagu Peluang Kedua pada AJL35 nanti. Selamat berjaya!,” tulis Hael.

Sejak semalam, tanda tanya individu yang bakal menyanyi lagu tersebut semakin terjawab selepas beberapa pihak membabitkan penyanyi itu memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika menjayakan sesi fotografi AJL35.

Bahkan, jurusolek terkenal, Khir Khalid turut memuat naik sekeping gambar dalam Instagramnya berserta tanda pagar #roadtoAJL35 with Nabila Razali.

Terdahulu, Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, mengambil keputusan menarik diri pada saingan Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Hael kemudiannya mengambil tempat menggantikan penyanyi itu pada episod ketiga SFMM35 yangt berlangsung pada 15 Disember lalu sebelum Peluang Kedua diumumkan layak ke AJL35 bersama 11 lagu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI