fbpx

JDT sambar Daniel Amier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail menyerahkan jersi bernombor 16 kepada pemain baharu JDT, Danial Amier sambil diperhatikan Benjamin Mora pada Majlis Pengenalan Pemain Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim di Ibu Pejabat Kelab JDT, Gelang Patah hari ini. Foto - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bekas pemain FELDA United, Danial Amier Norhisham bakal menyarung jersi Harimau Selatan bagi saingan musim liga hadapan selepas menandatangani kontrak dua tahun dengan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Daniel Amier, 23, akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa Tunku Ismail berminat untuk melamarnya bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan pada musim lalu, namun atas beberapa faktor ia tidak dapat dimeterai.

“Perasaan saya sendiri sangat terkejut kerana hendak mendapat pengiktirafan daripada Tunku Mahkota sendiri bukan mudah, bukan semua pemain dapat. Ia memberi sumber motivasi buat saya bekerja lebih kuat bagi meningkatkan tahap permainan.

“Sebelum menyertai JDT lagi, saya sudah tahu bakal berdepan saingan sengit untuk mendapat tempat kerana pasukan mempunyai ramai pemain tengah yang berkualiti. Jadi, saya perlu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri sendiri untuk bersama pasukan yang boleh membantu perkembangan karier saya.

“Saya percaya pasukan seperti JDT mampu membantu saya untuk menjadi pemain yang lebih baik di tahap yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak JDT di sini hari ini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, beberapa rakan di kem JDT membantunya membuat keputusan untuk menjadi keluarga Harimau Selatan pada musim hadapan.

“Sebelum saya ke sini, rakan-rakan seperti Safawi (Rasid), Akhyar (Rashid) dan Syamer (Kutty Abba) banyak memberi maklum balas positif mengenai pasukan itu sekali gus menguatkan lagi keinginan untuk menyertai JDT.

“Bagi musim pertama ini, saya berharap dapat membantu pasukan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super. Apa yang penting saya perlu kerja keras bagi menghadapi persaingan dalam pasukan utama, soal risau sekadar memanaskan bangku simpanan tidak wujud,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI