fbpx

Agong lawat ADNOC di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (empat dari kanan) mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan ADNOC di Abu Dhabi semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) petang semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima, Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, Dr. Sultan Ahmed Al-Jaber dan barisan pengurusan tertinggi syarikat itu.

Turut mengiring, Duta Besar Malaysia ke UAE, Yang Terutama, Mohd. Tarid Sufian.

ADNOC ialah syarikat minyak dan petrokimia nasional Abu Dhabi dan adalah syarikat pengeluar minyak ke-12 terbesar di dunia dengan jumlah pengeluaran tiga juta tong minyak sehari.

Program lawatan ke ADNOC merupakan salah satu acara dalam lawatan khas lima hari Seri Paduka Baginda ke Abu Dhabi, UAE.

Lawatan khas ini adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI