fbpx

Syarikat tempatan bina bot Tentera Laut Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat bot peronda pesisir pantai Tentera Laut Nigeria yang dibina syarikat tempatan di Pulau Langkawi.

LANGKAWI – Empat bot peronda pesisir pantai berkelajuan tinggi milik Tentera Laut Nigeria bernilai RM32 juta berjaya disiapkan syarikat pembinaan dan pembaikan kapal tempatan, Northern Shipyard Sdn. Bhd. yang berpangkalan di pulau peranginan ini.

Pengurus Teknikal Northern Shipyard, Masmawi Ishak berkata, pihaknya memulakan pembinaan bot tersebut pada Februari lalu selepas mendapat tempahan daripada syarikat dari Singapura, Suncraft International Pte Ltd dan tentera laut berkenaan.

“Empat bot itu berjaya disiapkan dalam tempoh 10 bulan sahaja dengan menggunakan tenaga kerja dan kepakaran anak tempatan Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bot Peronda Pesisir Pantai Tentera Laut Nigeria di Royal Langkawi Yatch Club di sini hari ini.

Hadir melancarkan bot tersebut ialah Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi sambil disaksikan Pengarah Urusan Northern Shipyard, Ooi Cheng Choon.

Menurutnya, bot berkenaan memenuhi standard antarabangsa seperti kalis peluru, berkelajuan tinggi sehingga mencatat kelajuan 55 knot sejam serta memiliki peralatan canggih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI