fbpx

Perlu sentiasa pertingkat sistem keselamatan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haniff (tiga dari kiri) semasa menyampaikan sumbangan Respa kepada Sarjan Norihan (dua dari kiri) di Kem Batalion 3 PGA Bidor hari ini.

BIDOR – Sistem keselamatan perbankan di negara ini perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan digodam sekali gus mengurangkan risiko kerugian.

Ini kerana pada ketika ini tiada sistem keselamatan yang benar-benar kalis dipintas disebabkan pihak penggodam akan cuba menguji kebolehan mereka

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata, isu keselamatan tersebut bukan sahaja dihadapi oleh pihak bank tempatan tetapi juga di seluruh dunia.

“Kita terpaksa sentiasa meningkatkan sistem keselamatan kepada teknologi terkini kerana tiada sistem yang benar-benar selamat selama-lamanya.

“Pelindung sistem jaringan komputer atau firewall perlu ditingkatkan upayanya dan sudah pasti ia memerlukan kos yang tinggi tetapi kos berkenaan sangatlah perlu kerana ia demi keselamatan bank dan pelanggan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Lawatan Kebajikan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada wira Senoi Praaq, Sarjan Norihan Tari dan mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang diterima isterinya, Relow Ko.

Kelmarin, bekas penggodam, Aman Shah Ahmad yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mendakwa, sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.

Dakwa beliau, tindakan sesetengah bank menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) mengakibatkan wujud keIompongan yang mendedahkannya kepada ancaman penggodam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI