fbpx

Semua masjid, surau di Kelantan dibuka pada 21 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti di masjid, surau serta musalla di seluruh negeri Kelantan dibenarkan beroperasi bermula 21 Disember.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, semua masjid, surau dan musalla itu perlu mengikut garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.

Katanya, kebenaran itu juga bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga mukim iaitu Kubang Kerian, Kota Bharu ; Kusial,Tanah Merah serta Madrasah Ad-Diniah Kampung Huma, Pasir Puteh turut ditamatkan.

“Surau dan musalla yang terletak di dalam tiga kawasan tersebut dibenarkan beroperasi mengikut garis panduan PKPP.

“Bagi arahan penutupan surau dan musalla yang terletak dalam Kawasan Kluster Mengketil dan Kawasan Istana Negeri Kubang Kerian sebelum ini turut dibenarkan beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Mohamad Rizam, kebenaran itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri mengikut peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar wabak Covid-19 berakhir sepenuhnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI