fbpx

Pekerja Myanmar maut dihempap kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kren dilaporkan terbalik dan menghempap seorang lelaki warga Myanmar di Kawasan Perindustrian Perai, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja lelaki warga Myanmar dilaporkan maut selepas dihempap sebuah kren yang terbalik di sebuah kilang memproses besi di Kawasan Perindustrian Perai di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu membabitkan mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identiti.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati seorang lelaki tersepit selepas sebuah kren terbalik.

“Kren itu dipercayai mengalami kerosakan sebelum terbalik dan menghempap mangsa.

“Justeru, sebuah kren lain terpaksa digunakan bagi mengalihkan kren yang terbalik itu sebelum mangsa dapat dikeluarkan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan ketika ini, usaha membawa keluar mangsa sedang dijalankan.

Operasi itu digerakkan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI