fbpx
Khofifah (bertudung putih) ketika meninjau proses simulasi pelaksanaan vaksin di Surabaya, semalam. - suara.com/Arry Saputra

Masyarakat Jawa Timur ragu-ragu status halal vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Jawa Timur masih mempunyai rasa sangsi tentang penggunaan bahan halal dan haram dalam vaksin yang bakal diberikan oleh kerajaan Indonesia.

Perkara ini disampaikan oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa ketika meninjau pelaksanaan simulasi suntikan vaksin Covid-19 di Rumah Sakit Islam Jemursari (RSI), Surabaya, semalam.

“Salah satu perkara yang sering diluahkan rakyat adalah status halal vaksin. Pemantauan bersama dengan Ketua Dewan Ulama Indonesia, KH Miftakhul Akhyar bertujuan memastikan dan menjamin status halal vaksin,” kata Khofifah.

Bekas Menteri Sosial itu juga memberitahu pihaknya masih menunggu arahan kerajaan pusat untuk menerima vaksin.

Walaupun begitu, Khofifah memberitahu wilayah Jawa Timur telah menyediakan 2,404 vaksin untuk tujuh kumpulan dan semuanya telah disahkan.

Dalam pelaksanaan suntikan vaksin, setiap kabupaten atau kota akan diberikan panduan lengkap daripada Pasukan Petugas Vaksin bagi memastikan mereka dapat mengikuti keseluruhan proses mengikut prosedur yang betul.

“Dalam Pasukan Petugas Covid-19 ada diterangkan tentang tindakan susulan pasca-imunisasi. Ini bermakna pelbagai usaha dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden Joko Widodo mengumumkan suntikan vaksin percuma untuk seluruh rakyat Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI