fbpx

32 PATI Indonesia ditahan, seorang miliki syabu 750g

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
32 PATI Indonesia ditahan ketika sedang menunggu bot untuk dibawa pulang ke negara asal melalui jalan tidak sah di persisiran Pantai Kampung Sungai Rengit, Bandar Penawar, Johor malam semalam.

PETALING JAYA- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 32 lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia ditangkap ketika sedang menunggu bot untuk dibawa pulang ke negara asal melalui jalan tidak sah.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia memaklumkan, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 57 tahun itu ditangkap dalam Ops Benteng di persisiran Pantai Kampung Sungai Rengit, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pukul 11.20 malam semalam.

Katanya, seorang daripada PATI tersebut memiliki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 750 gram yang dibungkus dalam 15 bungkusan plastik.

“Individu tersebut merupakan warga Indonesia berusia 32 tahun itu juga mempunyai sejarah perjalanan sebanyak tiga kali memasuki Malaysia melalui jalan tidak sah.

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM 110,422 melibatkan wang RM 18,319 dan 50,587,200 Rupiah (RM14,527) serta beberapa matawang lain. Turut dirampas adalah telefon pintar pelbagai jenama, barangan kemas, jam tangan dan termasuk dadah jenis Syabu seberat 750 gram yang dianggarkan bernilai RM 41,250,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tangkapan tersebut adalah hasil maklumat daripada orang awam yang melaporkan terdapat aktiviti PATI sedang berkumpul di persisiran Pantai Kampung Sungai Rengit.

“Pada pukul 10.45 malam, Anggota Pos Pemerhati turut mengesan dua buah bot sedang berlegar di
kawasan Pulau Che Kamat berhampiran Pantai Kampung Sungai Rengit.

“Pasukan bertindak menghubungi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut. Pada masa sama, Tim Quick Reaction Force turut digerakan bagi membuat penjejakan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI