fbpx

Tun Rahah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarhamah Tun Rahah

PETALING JAYA- Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur hari ini pada usia 87 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Isham Jalil kepada Kosmo! sebentar tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddn Shah mencemar duli menziarahi arwah semalam.

Beberapa tokoh negara turut meluangkan masa menziarahi Tun Rahah, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Najib turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya menerusi hantaran di laman Facebooknya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI