fbpx

Remaja perempuan diberkas selepas 10 jam buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Anggota pasukan perubatan melakukan rawatan awal terhadap bayi perempuan yang dijumpai di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang semalam.

KLANG – Seorang remaja perempuan diberkas dalam tempoh 10 jam selepas disyaki membuang bayi perempuannya di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan di sini semalam.

Penangkapan suspek berusia 18 tahun itu dilakukan pukul 10 malam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati suspek yang tinggal bersama ibu tirinya berhampiran lokasi kejadian mengakui membuang bayi tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari negeri di pantai timur.

“Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan kini direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Kosmo! semalam melaporkan seorang bayi perempuan baharu dilahirkan ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan di sini hari ini.

Bayi yang bertali pusat dan mempunyai uri itu serta masih hidup ditemui pukul 12.08 tengah hari oleh seorang lelaki selepas dimaklumkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di hadapan rumahnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI