fbpx

Rahang Naim Daniel terkehel, langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar laman Instagram Nail Daniel yang menunjukkan sekeping foto kemalangan tersebut.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Naim Daniel berdepan cetik cemas apabila terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, kereta jenis Ford Ranger yang dipandu kakaknya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan ketika keluar dari tol Kajang pagi tadi.

Naim ketika dihubungi berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dan kakaknya yang juga merupakan pengurusnya dikenali sebagai Alia sedang dalam perjalanan untuk menuju ke Sri Pentas, Bandar Utama di Petaling Jaya.

“Selepas keluar dari Tol Kajang, kereta yang dipandu kakak tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Alhamdulillah kami berdua tidak mengalami kecederaan serius. Cuma rahang saya terkehel sikit dan ada luka-luka kecil.

“Kakak pula mengalami sakit di bahagian dada dan sekarang kami berada di hospital KPJ Kajang,” ujar Naim ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, pelantun lagu Purnama itu menerusi kemas kini Instagram berkongsi foto yang menunjukkan kenderaan miliknya remuk teruk di bahagian hadapan dan berlaku kerosakan di bahagian cermin.

“Assalamualaikum semua, Alhamdullilah hari ini saya kemalangan. Saya dalam perjalanan nak pergi kerja, boleh pula kemalangan. Tapi tak apalah, rezeki.

“Alhamdulillah, rahang saya sahaja yang terkehel dan ada darah beku,” kongsi Naim di Instagram Story.

Dalam pada itu, Naim sempat menitipkan pesanan jika berlaku kemalangan jalan raya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah dengan menghubungi ejen insuran yang dilantik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI