fbpx

Pemotong rumput maut dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK sulung mangsa, Nurul Natasha menunjukkan gambar arwah ayah dan ibunya yang sempat dirakam pada Ahad lalu. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut selepas terkena panahan kilat ketika melakukan kerja memotong rumput di kebun durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu Kedah, Kedah petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd. Isa Abdul Rani, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menceritakan detik cemas kejadian tersebut, rakan sekerjanya, Hairul Hafizi, 44, berkata, dia dan dua lagi rakan berteduh di sebuah pondok apabila hujan lebat pukul 3.30 petang, manakala Mohd. Isa berteduh di pondok bersebelahan.

“Tanpa diduga, kilat menyambar sebatang pokok durian berhampiran pondok tempat Mohd. Isa berteduh sebelum api kilat terkena padanya dan dua batang pokok pisang di situ.

“Saya lihat nafasnya tercungap-cungap, manakala kakinya pula bergerak seketika,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Kampung Parit Abu Hassan Alor Pongsu di sini pada malam tadi.

Hairul berkata, dia kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada penyelia mereka sebelum sepasukan anggota bomba, polis dan pasukan perubatan hadir ke lokasi.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan dia telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI